Tembok
Besar
|
China
merupakan sebuah negara yang
mempunyai sejarah lama,
kebudayaan cemerlang dan kaya
dengan sumber pelancongan. 29
Warisan Alam dan Warisan
Budaya Dunia yang wujud di
China memperlihatkan
kecerdikan dan kerajinan
rakyat China. Jumlah Warisan
Dunia yang wujud di China itu
menempati kedudukan ke-3 di
dunia. Tembok Besar atau Great
Wall China digelar sebagai
salah satu antara "7
keajaiban dunia". Tembok
Besar China merupakan projek
pertahanan ketenteraan zaman
purba yang masa pembinaannya
paling panjang dan projeknya
paling besar di dunia. Tembok
Besar China sepanjang lebih 7
ribu kilometer.
Tembok
Besar China mula dibina pada
abad ke-9 sebelum Masihi. Demi
menghalang pencerobohan suku
kaum di bahagian utara,
pemerintah di tengah China
pada waktu itu telah membina
tembok yang menyambungkan
kubu-kubu pertahanan di
kawasan sempadan, itulah
Tembok Besar yang paling awal.
Sehingga Zaman Negeri-negeri
Berperang, perang berlaku
terus-menerus antara bangsawan
dan raja pelbagai negeri. Demi
menghalang serangan negeri
lain, pelbagai negeri
masing-masing telah membina
Tembok Besar di kawasan
pergunungan. Pada tahun 221
sebelum Masihi, Maharaja
Qinshihuang Dinasti Qin telah
menyatukan China. Baginda
menyambungkan Tembok Besar
yang dibina oleh pelbagai
negeri sepanjang lebih 5 ribu
kilometer bagi memghalang
serangan askar suku kaum
normad di padang rumput
Mongolia di sebelah utara.
Selepas Dinasti Qin, Dinasti
Han telah memanjangkan Tembok
Besar itu sehingga lebih 10
ribu kilometer. Dalam masa
selama lebih 2 ribu tahun yang
lalu, penguasa pelbagai
dinasti China masing-masing
telah membina Tembok Besar,
panjang keseluruhannya
mencatat 50 ribu kilometer,
lebih panjang daripada satu
lingkaran bumi. Projek Tembok
Besar sungguh menakjubkan.
Tembok
Besar yang disebut umum itu
adalah Tembok Besar yang
dibina pada zaman Dinasti Ming
iaitu dari tahun 1368 hingga
tahun 1644. Hujung baratnya
sehingga di genting Jiayuguan
di Provinsi Gansu di barat
laut China dan hujung timurnya
di pinggir Sungai Yalujiang di
Provinsi Liaoning di timur
laut China, panjangnya
mencatat 7,300 kilometer.
Sebagai
projek pertahanan ketenteraan,
Tembok Besar dibina menurut
tinggi rendah lereng gunung
dan melintasi padang pasir,
padang rumput dan tanah paya.
Tukang bina zaman purba China
telah membina struktur yang
berbeza-beza berdasarkan
keadaan muka bumi yang berbeza
dan telah memperlihatkan
kepakaran dan kecerdikan
mereka.
Tembok
Besar umumnya dibina di puncak
gunung, di sebelahnya adalah
lereng gunung terjal yang
curam. Tentera musuh sukar
untuk melancarkan serangan
terhadap tentera yang bertahan
di Tembok Besar.
Tembok
Besar dibina dengan batu dan
batu bata panjang, tengahnya
diisi dengan tanah atau
ketulan batu. Tinggi Tembok
Besar umumnya belasan meter
dan lebar di atas Tembok Besar
itu kira-kira 5 meter, 4 orang
askar yang menunggang kuda
dapat berjalan sejajar di
atasnya, senjata dan bahan
makanan dapat diangkut di
atasnya. Askar boleh turun dan
naik menerusi tangga dan pintu
yang dibina di sebelah dalam.
Banyak kubu pertahanan telah
dibina di sepanjang Tembok
Besar. Kubu pertahanan itu
mempunyai banyak fungsi.
Fungsi pertama ialah tempat
askar berlindung semasa
berperang. Mereka juga boleh
berehat di kubu itu pada waktu
aman disamping menjadi tempat
menyimpan senjata dan bekalan
bahan makanan, apabila musuh
menyerang, tahi serigala
dibakar di atas kubu
pertahanan tersebut membentuk
asap untuk menyampaikan
isyarat bahaya dengan segera.
Tembok
Besar China yang termasyhur
itu mengandungi semangat dan
perasaan bangsa China dan kini
telah menjadi lambang bangsa
China. Pada tahun 1987, Tembok
Besar China telah disenaraikan
sebagai Warisan Dunia.
|
Fenomena Alam yang nyata merupakan sebuah keajaiban dunia yang sejauh ini masih dapat dilihat dan keberadaanya masih dapat disaksikan secara kasat mata oleh manuasia yang masih hidup. Dan tentu keberadaan dari keajaiban alam ini berada diberbagai belahan dunia atau negara baik berada di tempat yang dapat didiami oleh manusia maupun ditempat yang memang tidak dapat didiami secara langsung oleh manusia.
Selasa, 29 April 2014
Tembok Besar (Great Wall of China), China
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar