Senin, 05 Mei 2014

Syria – Damascus دِمَشقُ‎




Damascus?? Why should I go to Damascus? Itu adalah soalan pertama yang ditanya semasa merancang lawatan ke Teluk Arab. Selama ini, Syria tidak pernah ada dalam senarai tempat yang ingin dilawati. Mungkinkah ini disebabkan oleh amaran kerajaan Amerika yang mahu melarang rakyatnya daripada menjejak kaki dengan mengenakan amaran tahap keselamatan Level 4. Atau lebih tepat, persoalan itu jelas menunjukkan kebijaksanaan (atau kekurangan..) saya semasa itu?.. Di sebalik itu, lawatan ke Damascus adalah istimewa sekali.

Damascus (jumlah penduduk 1.6 juta) merupakan ibu negara Syria. Ia merupakan antara bandar tertua di dalam sejarah – the oldest continuously inhabited city in history. Terlampau banyak perkara yang boleh ditulis mengenai Damascus, namun begitu hanya snapshots saja akan ditulis.


Old City of Damascus
Pertama kali menjejak kaki ke Old City, memang terasa bahang sejarahnya yang amat lama. Dari tembok yang mengelilingi bandar ini kepada cobbled street yang dipenuhi dengan aktiviti jual beli. Dari senibina yang banyak menggunakan kayu dan batu blok besar kepada jaringan masjid, gereja dan synagogue yang sentiasa dipenuhi pengikutnya. Disebalik dipenuhi dengan laungan jual beli, Damascus terasa aman dan tenang sekali. Ia sentiasa diiringi bersama-sama irama azan yang di’synchronized‘kan dengan Masjid Besar Umayyad.

Bandar lama Damascus merupakan sebuah bandar bertembok – Walled city. Bandar lama ini asalnya dibina untuk pejalan kaki. Jalan-jalannya adalah sangat kecil di mana jarak antara kedai adalah dekat. Its pedestrian-friendly alleyways create a sense of coziness. Kesemua tempat yang menarik terletak di bandar lama.

Umayyad Mosque جامع بني أمية الكبير



Bandar ini dipercayai mempunyai lebih daripada 2,000 buah masjid di mana Umayyad Mosque merupakan yang terpenting. Masjid ini sentiasa dipenuhi dengan orang luar sama ada pelancong mahupun worshippers. Di kalangan kumpulan ini, golongan dari negara Iran membentuk kumpulan terbesar. Ini disebabkan Masjid ini menempatkan makam Saidina Hussin yang memainkan peranan penting dalam ajaran Syiah. Disamping itu, makam Nabi Yahya juga terletak di dalam masjid ini.

Souq Al-Hamidiyyah سوق الحميدية


Bumbung souq yang mempunyai efek bintang ini sebenarnya dihasilkan daripada tembakan dari kapal terbang perang



Aktiviti jual beli di dalam souq


Khan As’ad Pasha خان أسعد باش


Terdapat banyak khan (caravansary) di Damascus. Khan ini biasanya digunakan sebagai tempat berehat caravan travellers semasa zaman Ottoman. Khan As’ad Pasha telah memenangi Aga Khan Award for Architecture.

Rumah ini mempunyai courtyard yang menarik. Water fountain ini berfungsi untuk menyejukkan halaman rumah semasa musim panas. Courtyard yang separa tutup ini sedikit sebanyak dapat mengumpulkan haba semasa musim sejuk.

Restoran Al-Khawali


Makan malam di Al-Khawali is fully recommended. Makanannya sangat sedap. Bahkan bekas PM, Tun Mahathir pernah berkunjung di sini. Setiap kali datang, kami pasti akan berbelanja sebanyak 1000SP – tetapi memang puas hati.

Restoran Leila’s Rooftop

Restoran ini mempunyai pemandangan yang paling menarik di Damascus. Makanannya juga sedap..

Orient Palace Hotel Damascus

Hotel ini yang terletak bersebelahan dengan Hejaz Railway Station merupakan sebuah hotel from a bygone era. Biliknya besar dan bersih serta perkhidmatan pelanggan amat baik sekali. Namun dekornya sangat lama dan ketinggalan zaman. Kebanyakan pekerjanya juga merupakan ‘pekerja warga emas’ yang telah berkhidmat di hotel ini pada zaman kegemilangannya.

Lain-lain


Damascus merupakan antara bandaraya terbersih di dunia. Spotlessly amazing! Damascus juga tidak mempunyai peminta sedekah dan sangat selamat (no pickpockets). Orang Syria juga menjaga nilai tradisi yang tinggi.




Jumlah Perbelanjaan
Perjalanan
  1. Teksi dari Amman ke Damascus (teksi sharing 3 orang tapi harga untuk seorang) – 300SP (murahkan..)
  2. Teksi ke Damascus Airport dari Old City – 350SP (selepas heavy bargaining)
  3. Teksi dari perhentian teksi Amman-Damascus (Al-Samariyeh) ke Old City – 400SP (RM30 – kena tipu!)
  4. Jumlah flight ticket LHR-AMM+DAM-LHR – RM3000.00
Makan-Minum
  1. Chicken Shawarma (makanan paling murah dan mengenyangkan) – 50-75SP (RM3.80-RM5.70)
  2. Fries (besar gak) – 50SP (RM3.80)
  3. Sebotol air mineral kecil 250ml – 25SP (RM1.90)
  4. Sebotol air mineral besar 1.5L – 50SP (RM3.80)
  5. Coke 1 tin – 50SP (RM3.80)
  6. Jus Mangga dalam botol kecil – 25SP (RM1.90)
  7. Jus buah delima segar(cawan) di Souq Hamidiyyah – 75SP (RM5.60)
  8. Ais krim pistachio segar di Souq Hamidiyyah – 60SP (RM4.50)
  9. Makan malam utk 2 orang (starter, mains, sides, fresh fruits and juices, baklava) di Al-Khawali (Best Damascene Restaurant) – 1000SP (RM75.00)
  10. Makan malam utk 2 org di Leila’s Rooftop Restaurant (starter, main and fresh smoothies) – 700SP
Penginapan
  1. Twin room untuk semalaman di Orient Palace Hotel – 1900SP (RM142.00)
Tempat-tempat Menarik
  1. Umayyad Mosque – masuk percuma
  2. Azem Palace – 75SP
  3. Khan As’ad Pasha – 50SP




Tidak ada komentar:

Posting Komentar